Archives

All posts by muallimkh

SELAMAT HARI GURU

Published May 16, 2012 by muallimkh

16 Mei 2012 – Merupakan detik bersejarah bagi semua warga pendidik seluruh Malaysia kerana pada hari ini merupakan hari istimewa bagi semua cikgu . Dikesempatan ini Muallims ingin mengambil kesempatan mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru yang pernah mendidik Muallims . Segala jasa dan pengorbanan guru-guru tidak mungkin dapat kita balas . Mendidik dan menaburkan ilmu pada kita tanpa rasa jemu . Mulianya kerjaya sebagai SEORANG GURU . Muallims harap Muallims dapat menjadi seorang pendidik yang dapat mendidik generasi akan datang dengan tabah dan ikhlas hati . 😉

Image

Muallims pun baru nak belajar ;)

Published May 14, 2012 by muallimkh

Assalamualaikum wbt kepada semua rakan-rakan serta anak-anak murid muallim. Hari ini muallim sibuk mengemaskini blog muallim. Muallim juga masih baru hendak belajar menggunakan blog ini. Cantik tak banner yang muallim buat ini? hehe

Yang sebenarnya muallim buat banner ini untuk digunakan sebagai banner dekat blog muallim tapi muallim sudah cuba banyak kali untuk letak banner ini namun gagal. Ada sesiapa di antara rakan-rakan atau anak-anak murid muallim yang tahu bagaimana hendak letak banner tak? Atau memang tak boleh letak?hehe

Sesiapa yang pandai membuat blog menggunakan wordpress ni jomla sama-sama ajar muallim. Tak salah kan kalau kita kongsi ilmu bersama. Bukan ke ‘Sharing is Caring’. Wassalam ^_^